Tuesday, January 17

Deskraib

Sini belakang lah baru menarik
Psst, eh eh. Kau tahu ini cerita.
Mana ada tak ada.
Psst, senyap senyap.
Antara kita. Antara kami.

Eh, kau bukan main belakang kau punya propaganda sangat tinggi melangit.
Oh lupa. Sini ada satu benda yang aku mahu deskraib.

Hitam, hitamnya gambar. Kenapa pakai monokrom ?
Oh aku suka.
Cantik, cantik. Warna warni. Lawanya warna.
Oh aku suka.
Jalan penceritaan tak sama. Apa yang tak sama. Warna
Yan itu hitam. Yang itu warna. Kalerful

Warna warni tapi tak ikhlas. Eh, apa mana ada macam tu
Mari sini, cantik tapi hodoh sebenarnya. Teruk, hish ini lah kotor walaupun cantik.
Hodoh, busuk ini yang hitam

Hitam hitam, tapi ikhlas. Cantik, Ya Allah. Aku rasa dia punya gembira.
Suci, bersih.
Ini, ini yang cantik. Itu hitam tapi berwarna warni. Ini lah kalerful
Hitam tapi warna warni, wangi, cantik.

P/S : Jangan kau deskraib melalui mata. Melalui kulit. Tapi melalui hati.

Buku kita

Cabut ingin aku cabut,
Tak, mana ada. Aku suka macam tu.
Dah cukup cantik dan indah.
Subhanallah

Mari sini sayang, dekat dengan saya.
Kita jaga jarak. Insha Allah hubungan kita cantik.
Hiasi cantik cantik.

Hari hari cantik. Hari hari indah.
Tapi mana ada langit selalu cerah.
Macam apa yang awak ajar.

Cantik, sabar, tabah, indah.
Terima Kasih Sayang.

P/S : Rindu sangat. Ya Allah. Sampaikanlah rindu aku pada si dia. Kamarul Arifin Rosman

Thursday, December 1

Ragam I

Bicara walhal ini penuh dengan pelbagai manusia yang aneh aneh belaka. Macam mana nak handle masalah. Kau kata dia itu bitch, sakai, talam dua muka. Perghhhhhhh, aku tak tahu lah mana lagi ayat ayat gila kau nak guna.

Dihina sedemikian. Menjatuhkan sepenuhnya maruah. Kalau diseret seret masalah itu. Bersama sepuluh rangka lagi manusia. Memang banyaklah yang menyatakan firasat firasat bersama ayat ayat anggun untuk manusia yang diorang sedang jatuhkan maruah.

Apa kau ingat kalau kau bikin billboard bersama rakan rakan seangkatan kau untuk menghina manusia yang kau benci itu tak sama level kah ? Aku rasa macam taraf hina kau tu lebih tinggi sikit.

Cukup cukuplah kau hina manusia. Sampai berzaman pun tak akan habis. Kalau aku perkatakan yang kau kau ini semua pemikiran cetek, kuno kau kau ini semua pasti melenting tinggi melampai. Aku cukup penat melihat drama drama kau kau ini semua. Sini mari aku katakan,
"Hebat, kau sudah lebih tinggi hinanya dan aku ingin katakan dasyat gila"

Aku rasa kau boleh buka buku sejarah yang kau katakan bosan, mengantuk dan apa class ? Mari sini, kita belek sama. Kita buat sinopsis cerita sejarah dahulu kala itu dengan kau punya cerita. Eh, macam sama. Kalau kau kata sejarah yang lepas itu. " Bodohlah, ada ke berbunuhan dan berperang hanya kerana terbunuh salah seorang kabilah ? "
Kau sedang perkatakan diri diri kau kau ini semua. Hebat kan jalan cerita kau. Sama taraf lah. Tepukan gemuruh.

P S : Jalan cerita tak seindah mana. Dan tak secantik mana. Tapi jangan jadi cetek pemikirannya. Cantikkan, Indahkan. Insha Allah. Cantik. SubhanaAllah.

Thursday, November 24

Pejuang yang terusan berjuang untuk 'bangkai'

Hebat manusia menyusun kata. Menulis skrip untuk satu barisan ayat yang membunuh insan yang bergelar manusia lemah. Terusan bertubi tubi bagaikan barisan para pejuang membunuh manusia yang tak berdosa.

Perih aku katakan. Sakit aku jeritkan. Luluhan air mata darah tak ada guna. Kosong bagi pelakon pelakon bertaraf rendah yang merasakan dirinya hebat dan berdarah bangsawan.

Pemikiran cetekmu membawa kau tidak kemana. Kau akan terus berada di lubuk keindahan yang kau cipta itu walhal, itulah dimana bangkai yang kau kutukan itu terusan menjadi santapan lazatmu.

Ketawa aku melihat kau punya kebodohan itu. Terima Kasih buat aku gembira melihat kau punya kebodohan dan ceteknya pemikiran itu